top of page

PENGENALAN.

Penyelidikan dan inovasi bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan pada masa kini. Penyelidikan dan inovasi yang dilakukan oleh para pensyarah merupakan usaha untuk menyumbang ke arah peningkatan kecemerlangan diri, akademik dan pembangunan organisasi. 

​

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 turut menyentuh tentang ekosistem inovasi dalam pendidikan bagi memacu kecemerlangan yang berterusan.

​

SEMINAR Penyelidikan PSH & Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini. Program ini akan memberi peluang kepada para pendidik membentangkan hasil penyelidikan mereka serta diketengahkan untuk tujuan pembangunan organisasi.

Manakala pertandingan inovasi akan dapat menanamkan semangat berinovasi di kalangan warga Kolej Komuniti. 

​

Semoga dengan adanya program ini dapat membantu kita semua ke arah kecemerlangan secara kreatif dan berinovasi.

OBJEKTIF.

  1. Membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga Kolej Komuniti ke arah kecemerlangan diri dan kerjaya.

  2. Membentangkan dapatan yang diperolehi daripada penyelidikan dan mempamerkan penghasilan produk inovasi.

  3. Memberi peluang dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi serta menyumbang kepada transformasi Kolej Komuniti.

  4. Platform perkongsian dan perngembangan idea baru bagi penghasilan produk yang berimpak dan berpotensi untuk dikomersialkan.

  5. Membina jaringan antara warga Kolej Komuniti dalam meningkatkan pengetahuan dan pencambahan idea.

bottom of page